Golongan pemimpin generasi hari ini tidak digilap pegangan akal dan kekuatannya dengan
nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni, gejala-gejala rosak tidak
mungkin akan berkurangan. Bahkan ianya bertambah banyak dan akan muncul
pula kerosakan-kerosakan baru. Perkara yang membelenggu masyarakat
seperti dadah, seks bebas, pelacuran di sana-sini, rogol, budaya samseng
dan black metal antara penyakit lama yang belum diubati sepenuhnya.
Belum pun sempat negara keluar dari kemelut lama, datang pula masalah
baru seperti mat rempit, budaya gothik, isu murtad, buli, ajaran-ajaran
sesat, pembuangan anak dan pelbagai perkara lagi yang cukup memburukkan.
Semua ini melibatkan generasi muda masa kini.
Dalam menuju era globalisasi, masyarakat haruslah memberi peluang kepada generasi muda ini untuk menjadi pemimpin atau ketua, untuk memantapkan lagi corak kehidupan. Namun, kebelakangan ini terdapat beberapa perkara berkaitan remaja dan belia yang buruk. Justeru, bagaimanakah kita sebagai komuniti India untuk bertindak sebagai generasi akan datang untuk menjadi pemimpin yang disegani atau pemimpin yang dihormati? Adakah ini akan terjadi sekiranya kemelut masyarakat India tidak dibanteras. Inilah salah satu cabaran paling utama demi menjadikan generasi hari ini sebagai pemimpin pada masa akan datang.
Jika kita melihat perbezaan belia India suatu ketika dahulu, pelajar dan golongan belia adalah nadi dan tonggak kepada pembangunan masyarakat. Golongan inilah yang banyak menitiskan keringat memperjuangkan faham pembaharuan sehingga sanggup berkering tekak dan bertegang lidah bagi memastikan matlamat dan wawasan perjuangan mereka termakbul.
Selain itu, sejarah juga telah merakamkan sumbangan belia-belia dalam mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan, keamanan, dan perpaduan.
Generasi belia adalah kelompok yang paling besar dan bertenaga dalam masyarakat. Sehubungan itu, mereka haruslah diberikan peluang dan hala tuju agar mereka dapat mengambil peluang untuk meneroka ilmu baru, yakin kepimpinan India. Kesedaran ini perlu dalam membangkitkan kembali kesedaran dan cabaran di kalangan belia India masa kini.

Sehubungan itu, dalam membentuk generasi muda hari ini, ibu bapa
sewajarnya memberikan penekanan pendidikan agama. Pendidikan agama
itulah akan menjadi satu landasan dan benteng dalam diri anak-anak untuk
tidak terjerumus dalam gejala buruk masyarakat. Jiwa mereka mesti
dibekalkan dengan unsur-unsur baik sebagai pembimbing akal fikiran dan
pembakar semangat pada masa hadapan.
Namun, apa yang menyedihkan ialah sesetengah ibu bapa menjadikan
pendidikan moral untuk anak-anak hanya satu amalan suri, yakni belajar
di sekolah semata-mata. Apabila pulang ke rumah didikan moral ini
diabaikan oleh ibu bapa, kerana segelintir ibu bapa merasakan pendidikan moral di sekolah sudah mencukupi. Tanggapan ini patut dibanteras jika
ingin melihat golongan belia memberi sumbangan murni kepada kepimpinan
negara. Pendidikan agama dan moral mestilah seiring dalam merangka
kejayaan dunia dan akhirat. Faham agama tidak membuang dunia dan tidak
pula semata-mata menumpukan akhirat. Malah faham agama adalah
anutan yang mengimbangi tuntutan hidup sekarang dan yang akan datang.
Selain itu, kerajaan perlulah memantau unsur pembangunan belia dan
beliawanis. Hiburan-hiburan melampau harus dibanteras dan digantikan
dengan amalan berfaedah. Media cetak dan elektronik perlu berfikir
panjang sebelum memaparkan wayang dan rancangan harian. Kegiatan
berunsurkan pengajaran, pembinaan jati diri, penghayatan agama,
pencerdasan akal perlu diperbanyakkan, dan unsur-unsur lucah dan buruk
wajib dibanteras. Apalah gunanya jika ekonomi dan pembangunan negara
bertambah pesat, tetapi manusia hidup berada dalam ketakutan, hilang
kepercayaan dan keamanan masyarakat semakin terhakis. Tiada guna negara
berbangga dengan pencapaian sains dan teknologi maklumat, tetapi rakyat
merasa terasing dalam negara sendiri.
Kesimpulannaya, pihak kerajaan, institusi pendidikan, NGO, ibu bapa dan guru haruslah peka terhadap unsur belia hari ini.
Pengajaran moral mesti diperhalusi dengan sebaik mungkin.
Jika belia di zaman dahulu telah membuktikan kemampuan mereka dalam
mengatasi masalah besar, sudah tentu belia sekarang juga memiliki
kemampuan untuk mencipta pembaharuan dan menjayakan matlamat ini. Semua
ini bukanlah suatu yang mustahil jika semua pihak benar-benar sedar dan
peka dalam pembentukan belia yang baik.
Jadi kini, kita mahu melihat kepimpinan muda sanggup berkorban dan
ada keyakinan diri yang tinggi untuk memimpin masyarakat India. Untuk menjadi
pemimpin masa hadapan generasi muda sekarang perlu mempunyai asas
kepimpinan yang jelas berpandukan moral dan akhlak yang baik.
Akhlak yang baik dan mulia secara langsung dapat mencerna kepimpinan ke
arah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh tuhan. Hanya
pendekatan agama inilah yang pasti dapat merungkai dan menyelesaikan
permasalahan generasi muda masa kini. Jika permasalahan ini diubati
segera, nescaya generasi muda sekarang boleh menjadi pemimpin masa
hadapan dan impian ini akan menjadi satu hakikat dan bukan lagi
khayalan.
Dengan sokongan dan pengorbanan mereka, banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang telah mengubah perjalanan masa depan dunia dan tamadun kemanusiaan. Itulah hasilnya jika generasi muda dididik dengan aqidah dan akhlak yang betul.
ReplyDelete