Legal Adviser

Thursday, 20 October 2011

 DIDAPATI SEGALA LONGKANG-LONGKANG DISEKITARAN PERUMAHAN TELAH SUMBAT OLEH KERANA SALIRAN TANAH DAN TIDAK DIBERSIHKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN NILAI LEBIH DARIPADA 2 TAHUN DAN JUGA TERDAPAT BANYAK TAKUNGAN AIR DAN INI AKAN MENJADI SATU PUNCAK PEMBIAKAN NYAMUK AEDES. PENDUDUK TEMPATAN DI KAWASAN INI KUATIR KEMUNGKINAN BESAR MEREKA INI TAKUT DISERANGI PENYAKIT DENGGI.
LANGKAH YANG DI AMBIL ADALAH SEPERTI BERIKUT:
 LAPORAN MENGENAI PERKARA TERSEBUT TELAH DIMAKLUMKAN KEPADA PIHAK MAJLIS PERBANDARAN NILAI. SAYA JUGA BERCADANG UNTUK MENGADAKAN GOTONG-ROYONG BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN TERSEBUT.

OUR MIC PRESIDENT DATO'G.PALANIVEL IS A GOD GIVEN FOR MALAYSIAN INDIAN COMMUNITY TODAY

OUR MIC PRESIDENT DATO'G.PALANIVEL IS A GOD GIVEN FOR MALAYSIAN INDIAN COMMUNITY TODAY. ITS A MAN WITH VISION AND COMPLETES IS MISSION WITHOUT ANY EXPECTATION. HE IS LIME LIGHT OF THE MALAYSIAN INDIAN TODAY AS HE MAKE DECISION WITHOUT ANY FEAR AND FAVOUR. A LEADER OF QUALITY AND LEADER WITH PASSION FOR HIS SERVICE FOR COMMUNITY. WE BELIEVED UNDER THE LEADERSHIP OF DATO'G THE INDIAN COMMUNITY WOULD BE ABLE TO EXEL EVEN BETTER THAN BEFORE TO GREATER HEIGHTS, ENHANCING A BETTER QUALITY AND LIFE STYLE OF THE INDIANS IN MALAYSIA. WE WISH HIM WELL AND GOD BLESS HIM.


 THE INDIANS MUST STAY UNITED ESPECIALLY IN MIC, GIVING THEIR UNDIVIDED SUPPORT TO OUR PRESIDENT DATO' 'G.PALANIVEL IN ORDER FOR HIM TO ACHIEVE THE BN GOVERNMENTS VISION OF WINNING THE 2/3 MAJORITY IN THIS COMING GENERAL ELECTION.

Tuesday, 4 October 2011

Thursday, 29 September 2011

MAJLIS PERJUMPAAN KHAS BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN DI HOTEL MSUITE, JOHOR BAHRU PADA 29.09.2011. TURUT HADIR PENASIHAT UNDANG DR.KS MAARAN.

Tuesday, 27 September 2011

Golongan pemimpin generasi hari ini tidak digilap pegangan akal

Golongan pemimpin generasi hari ini tidak digilap pegangan akal dan kekuatannya dengan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni, gejala-gejala rosak tidak mungkin akan berkurangan. Bahkan ianya bertambah banyak dan akan muncul pula kerosakan-kerosakan baru. Perkara yang membelenggu masyarakat seperti dadah, seks bebas, pelacuran di sana-sini, rogol, budaya samseng dan black metal antara penyakit lama yang belum diubati sepenuhnya. Belum pun sempat negara keluar dari kemelut lama, datang pula masalah baru seperti mat rempit, budaya gothik, isu murtad, buli, ajaran-ajaran sesat, pembuangan anak dan pelbagai perkara lagi yang cukup memburukkan. Semua ini melibatkan generasi muda masa kini.

Dalam menuju era globalisasi, masyarakat haruslah memberi peluang kepada generasi muda ini untuk menjadi pemimpin atau ketua, untuk memantapkan lagi corak kehidupan. Namun, kebelakangan ini terdapat beberapa perkara berkaitan remaja dan belia yang buruk. Justeru, bagaimanakah kita sebagai komuniti India untuk bertindak sebagai generasi akan datang untuk menjadi pemimpin yang disegani atau pemimpin yang dihormati? Adakah ini akan terjadi sekiranya kemelut masyarakat India tidak dibanteras. Inilah salah satu cabaran paling utama demi menjadikan generasi hari ini sebagai pemimpin pada masa akan datang.

Jika kita melihat perbezaan belia India suatu ketika dahulu, pelajar dan golongan belia adalah nadi dan tonggak kepada pembangunan masyarakat. Golongan inilah yang banyak menitiskan keringat memperjuangkan faham pembaharuan sehingga sanggup berkering tekak dan bertegang lidah bagi memastikan matlamat dan wawasan perjuangan mereka termakbul.

Selain itu, sejarah juga telah merakamkan sumbangan belia-belia dalam mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan, keamanan, dan perpaduan.

Generasi belia adalah kelompok yang paling besar dan bertenaga dalam masyarakat. Sehubungan itu, mereka haruslah diberikan peluang dan hala tuju agar mereka dapat mengambil peluang untuk meneroka ilmu baru, yakin kepimpinan India. Kesedaran ini perlu dalam membangkitkan kembali kesedaran dan cabaran di kalangan belia India masa kini.
Sehubungan itu, dalam membentuk generasi muda hari ini, ibu bapa sewajarnya memberikan penekanan pendidikan agama. Pendidikan agama itulah akan menjadi satu landasan dan benteng dalam diri anak-anak untuk tidak terjerumus dalam gejala buruk masyarakat. Jiwa mereka mesti dibekalkan dengan unsur-unsur baik sebagai pembimbing akal fikiran dan pembakar semangat pada masa hadapan. 

Namun, apa yang menyedihkan ialah sesetengah ibu bapa menjadikan pendidikan moral untuk anak-anak hanya satu amalan suri, yakni belajar di sekolah semata-mata. Apabila pulang ke rumah didikan moral ini diabaikan oleh ibu bapa, kerana segelintir ibu bapa merasakan pendidikan moral di sekolah sudah mencukupi. Tanggapan ini patut dibanteras jika ingin melihat golongan belia memberi sumbangan murni kepada kepimpinan negara. Pendidikan agama dan moral mestilah seiring dalam merangka kejayaan dunia dan akhirat. Faham agama tidak membuang dunia dan tidak pula semata-mata menumpukan akhirat. Malah faham agama adalah anutan yang mengimbangi tuntutan hidup sekarang dan yang akan datang.

Selain itu, kerajaan perlulah memantau unsur pembangunan belia dan beliawanis. Hiburan-hiburan melampau harus dibanteras dan digantikan dengan amalan berfaedah. Media cetak dan elektronik perlu berfikir panjang sebelum memaparkan wayang dan rancangan harian. Kegiatan berunsurkan pengajaran, pembinaan jati diri, penghayatan agama, pencerdasan akal perlu diperbanyakkan, dan unsur-unsur lucah dan buruk wajib dibanteras. Apalah gunanya jika ekonomi dan pembangunan negara bertambah pesat, tetapi manusia hidup berada dalam ketakutan, hilang kepercayaan dan keamanan masyarakat semakin terhakis. Tiada guna negara berbangga dengan pencapaian sains dan teknologi maklumat, tetapi rakyat merasa terasing dalam negara sendiri. 

Kesimpulannaya, pihak kerajaan, institusi pendidikan, NGO, ibu bapa dan guru haruslah peka terhadap unsur belia hari ini. Pengajaran moral mesti diperhalusi dengan sebaik mungkin. Jika belia di zaman dahulu telah membuktikan kemampuan mereka dalam mengatasi masalah besar, sudah tentu belia sekarang juga memiliki kemampuan untuk mencipta pembaharuan dan menjayakan matlamat ini. Semua ini bukanlah suatu yang mustahil jika semua pihak benar-benar sedar dan peka dalam pembentukan belia yang baik.

Jadi kini, kita mahu melihat kepimpinan muda sanggup berkorban dan ada keyakinan diri yang tinggi untuk memimpin masyarakat India. Untuk menjadi pemimpin masa hadapan generasi muda sekarang perlu mempunyai asas kepimpinan yang jelas berpandukan moral dan akhlak yang baik. Akhlak yang baik dan mulia secara langsung dapat mencerna kepimpinan ke arah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh tuhan. Hanya pendekatan agama inilah yang pasti dapat merungkai dan menyelesaikan permasalahan generasi muda masa kini. Jika permasalahan ini diubati segera, nescaya generasi muda sekarang boleh menjadi pemimpin masa hadapan dan impian ini akan menjadi satu hakikat dan bukan lagi khayalan.

Friday, 23 September 2011

DR.KS MAARAN BERSAMA PERDANA MENTERI YAB DATO'SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK DI RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI YAB PERDANA MENTERI DI PEKAN, PAHANG PADA 18.3.2011.

Monday, 12 September 2011

tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat menulis peperiksaan UPSR

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat menulis peperiksaan UPSR pada pagi ini.Wahai pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, hari ini 13.09.2011 semua pelajar tahun 6 akan menghadapi UPSR.Mestilah anda bersedia untuk menghadapi UPSR dan mengatur starategi. Anda juga menetapkan matlamat anda bahawa anda akan lakukan yang terbaik untuk diri, keluarga dan sekolah anda dalam ujian yang bermula hari ini.Harapan saya semoga anda semua sudah bersedia untuk menghadapi ujian hari ini. Hilangkan rasa gementar, takut dan tidak yakin dalam diri. Berkatalah pada diri anda, bahawa anda juga boleh melakukan yang terbaik sepertimana orang lain. Yakinlah pada diri sendiri.